Help me

Saturday 15 September 2012

Persembahan Meyakinkan daripada The Gunners

Assalamualaikum,
tulisan ini merupakan penulisan  pertama saya dalam blog ini setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging  dan saya kini akan cuba memastikan blog saya up to date setiap minggu.Minggu ini saya ingin berbicara tentang persembahan pasukan kesayangan saya iaitu Arsenal yang kian mantap terutama jentera pertahanan dan tengah cuma bahagian serangan yang agak membimbangkan pada permulaan kempen EPL 2012/2013 dimana Arsenal gagal menjaringkan gol pada 2 perlawanan awal berikutan ketumpulan penyudah dan pemain masih tidak serasi ditambah lagi dengan pemergian dua pemain terbaik musim lepas.Namun semasa pertemuan dengan Liverpool Arsenal telah berjaya menunjukkan kualiti sebagai title contenders musim ini.mungkin masih terlalu awal namun selaku peminat Arsenal yang selalu mendambakan kejuaraan hingga digelar Glory Hunter oleh Fans Arsenal yang lain.

Ketiadaan Diaby yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan akibat kecederaan sedikit sebanyak merisaukan peminat Arsenal namun barisan pemain berpengalaman nampaknya berjaya menyerap tekanan daripada southampton dan seterusnya meledakkan kemenangan besar musim ni 6 gol berbalas 1.Walaupun Persembahan Arsenal semakin mantap aku tetap risau tragedi 2006/2007 berulang dimana Arsenal bermula dengan baik Malangnya akibat kecederaan pemain tonggak menyebabkan Arsenal jatuh ke tempat ke 3 di musim yang sepatutnya kita mendapat kejuaraan ditambah lagi dengan keengganan Arsene wenger berbelanja aku mengharapkan beliau melakukan sesuatu pada musim perpindahan januari walaupun harapan itu tampak tipis berikutan Arsene wenger pernah mengatakan bahawa beliau tidak gemar akan perpindahan Januari.Selain itu Arsenal selalu dibelenggu faktor konsisten dalam setiap perlawanan dan mental sesetengah pemain tidak begitu kuat.kali ini dengan kehadiran berberapa pemain berpengalaman ditambah lagi dengan  pengaruh Steve Bould terutama pada bahagian defensif Penulis berharap agar Arsenal berjaya mengelakkan kecederaan pemain-pemain tonggak dan seterusnya menamatkan kemarau trofi sejak 7 tahun yang lalu.Insyaallah.


Akhir kata Arsenal tetap Arsenal walau siapapun manager siapapun player dan siapapun BOD.
Itulah Falsafah saya sebagai Fans Arsenal sejak sekian lama.

For me 
"Arsenal" is bigger than anybody...even player, Board of Director and Manager ...


Jumpa lagi minggu depan